Khamis, 19 Mac 2015

PERMULAAN

Melihat daripada perkembangan Malaysia. Kita semua pasti dah tahu bahawa Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sangat bertuah. Namun apa yang istimewanya???


Negara Malaysia begitu unik dengan kepelbagaian etnik dan budaya. kepelbagaian ini yang membuatkan ramai tertarik untuk tinggal di Malaysia. tidak dapat dinafikan sekiranya Malaysia juga salah sebuah negara yang menjadi target mana-mana negara jiran yang ingin mendapatkan pekerjaan yang lumayan. Namun, adakah kepelbagaian ini yang membangunkan Malaysia? saya kata tidak. apa pula pandangan anda?

Mengapa? mudah sahaja jawapannya. pembangunan bukan kerana kepelbagaian tetapi kerana kerjasama. anda pasti pernah mendengar cerita orang tua tentang lidi. sebatang lidih begitu mudah patah tetapi cuba anda patahkan segenggam lidi. sukar dan mungkin tak akan dapat punya.


Saya tidak layak untuk membicarakan tentang apa itu 1Malaysia. mungkin kerana muda tidak memahami akan erti itu. namun semua rakyat dan warganegara Malaysia sahaja di negara Malaysia punyai peluang HAK BERSUARA!!! maka saya cuba untuk memberikan pendapat saya terhadap apa sahaja yang ingin saya bicarakan. tidak kira pasal politik, ekonomi dan sebagainya keran kita mempunyai hak bersuara tetapi JANGAN DISALAHGUNAKAN. 

MAKA, saya dari rakyat Malaysia ingin meminta kerjasama semua, saya juga insan lemah dan selalu melakukan kesilapan. jika saya memberikan pendapat, supportlah dengan komen yang memberikan satu impak yang positif untuk cuba bersama memberikan sebuah idea yang mungkin suatu hari kelak memberikan sinar kepada Malaysia.

SAYA SAYANG MALAYSIA!!!

INI PERMULAAN blog pendapat saya. apa pula pendapat anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan